RESIPI MASAKAN SAYUR

Sunday, February 06, 2005

RESIPI GULAI PETAI

BAHAN-BAHANNYA
5 keping petai ( dikikis kulitnya dan dicelur )
1/4 cawan cili pado ( ditumbuk halus )
1 tangkai cili merah ( ditumbuk halus )
1 1/2 sm kunyit hidup ( ditumbuk halus )
1 ulas bawang merah ( dihiris )
1 keping asam gelugur
1 biji kelapa ( diambil santan pekat dan cair secukupnya )
garam secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
2. Masak sehingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan pulaasam gelugur, petai, bawang dan santan cair.
4. Masak menggunakan api yang perlahan.
5. Apabila mendidih baru masukkan santan pekat.
6. Kacau sehingga rata dan biarkan ianya mendidih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home